Hak Asasi Manusia : Campurtangan Kerajaan China Dalam Perancangan Keluarga
Dasar Satu Anak Di China
"Untuk negara yang makmur serta berkuasa dan keluarga yang
bahagia, sila amalkan perancangan keluarga." Papan tanda kerajaan di
Nanchang.
Dasar satu anak (Cina ringkas: 计划生育政策;
Cina tradisional: 計劃生育政策;
pinyin: jìhuà shēngyù zhèngcè, secara rasmi diterjemahkan sebagai "dasar
perancangan keluarga" dilaksanakan oleh kerajaan Republik Rakyat China
mulai 1978 sebagai dasar kawalan penduduk manusia. Pada 2007, kira-kira 35.9%
penduduk tertakluk kepada sekatan kelahiran anak kedua, 76% penduduk menyokong
dasar ini. Dianggarkan 250 dan 300 juta kelahiran disekat dari 1978 hingga
tahun 2000 dan 400 juta kelahiran dari 1979 hingga 2010.
Dasar ini diperkenalkan oleh Presiden Deng Xiaoping pada 1979 untuk
mengurangkan masalah sosial, ekonomi, dan alam sekitar China. Dasar ini
bertentangan dengan dasar Mao Zedong pada 1949 bahawa 'dalam semua benda di
dunia, manusia adalah paling utama'. Lebih besar penduduk, bermakna lebih
banyak tenaga kerja.
Pada November 2013, kerajaan China mengumumkan yang dasar rasmi ini
akan dilonggarkan, bagi membenarkan pasangan memiliki dua anak jika salah
seorang daripada mereka ialah anak tunggal
CARA PENGAPLIKASIAN DASAR INI
- Pengecualian
Dasar satu anak ini dikecuali di Hong Kong ,Macau dan Tibet selain
rakyat asing yang tinggal di China. Kes tertentu dikecualikan bagi kes pasangan
di desa, etnik minoriti, dan orang tua apabila kedua-duanya adalah anak
tunggal. Di desa, setiap keluarga dibenarkan mendapatkan anak kedua jika anak
pertama adalah perempuan. Ini kerana anak lelaki diperlukan untuk mengerjakan
kawasan pertanian. Selain itu jika anak cacat fizikal dan berpenyakit mental.
Jarak anak mestilah 3 atau 4 tahun. Anak yang lahir di luar negara dan tidak
mendapat kerakyatan China tidak diambil kira. Warga negara China yang balik
dari luar negara dibenarkan memiliki anak kedua.
- Pecat Jika Anak Lebih
Kakitangan kerajaan akan dipecat jika lebih anak. Pekerja swasta
akan didenda. Namun menjelang awal 2010 ramai orang kaya yang melanggar dasar
ini dan membayar denda. Mereka yang mampu akan berkahwin dengan orang asing
seperti di Thailand dan meninggalkan isteri dan anak-anak di Thailand .
Penduduk yang berhadapan masalah gempa bumi dan banjir akan kematian anak
tunggal atau cucu tunggal mereka. Contohnya Gempa bumi Sichuan 2008.
Banyak wilayah seperti Henan dan Beijing melonggarkan syarat dan
boleh memiliki dua anak tunggal. Alasannya si ayah sendiri cacat atau kedua-dua
orang tua adalah anak-anak tunggal.
- Saiz Rumah
Oleh kerana saiz keluarga kecil iaitu ibu, ayah dan anak, maka
setiap keluarga tidak perlu rumah yang besar. Anak atau cucu terlalu
dimanjakan. anak akan menjadi 'maharaja kecil', kurang komunikasi sosial dan
kemahiran kerana mereka tidak mempunyai adik kandung di rumah. Anak-anak akan
bermain dengan orang tua sahaja dan tidak bermain denan adik kakak atau abang.
Mereka hanya tinggal di apartmen moden bernilai 1 juta di Beijing
mempunyai sebuah bilik dan sebuah ruang tamu sahaja. Keluarga ini tidak
memerlukan orang gaji dan tukang kebun. Di Beijing tidak ada bas sekolah kerana
ibu, ayah atau datuk menghantar sendiri anak atau satu-satu cucu mereka ke
sekolah.
China menyediakan sekolah percuma sehingga berumur 15 tahun.
Apabila di sekolah tinggi (16-18 tahun ), mereka perlu membayar yuran lebih.
KESAN DASAR INI
Akibatnya kadar kelahiran jatuh dari lebih daripada lima kelahiran
per wanita pada awal tahun 1970) menjadi sekitar 1/8 kelahiran pada tahun 2008.
Kerajaan China menganggap dasar itu sebagai kejayaan besar untuk mengatasi
masalah kependudukan seperti kemiskinan, kelaparan, kebuluran, kesihatan, kadar
celik huruf dan pelbagai masalah sosial lain.
- Bunuh diri
Banyak kes ibu bapa yang beunuh diri sekiranya mendapat anak
perempuan. Kes sebegini berlaku di bandar-bandar kecil. Biasanya mereka
mengharapkan anak lelaki. Persatuan hak asasi manusia menentang dasar ini .
Wujud kegiatan rasuah, pemaksanaan, sterilisasi wajib, dipaksa menggugurkan
kandungan, dan mungkin pembunuhan bayi, dengan sebahagian besar laporan berasal
dari kawasan luar bandar. Pada tahun 2002, China melarang penggunaan kekuatan
fizikal untuk membuat wanita menggugurkan anak. Presiden AS George W. Bush
mengunakan alasan hak asasi manusia untuk menghentikan US$40 juta bayaran
kepada UNFPA (China) pada awal tahun 2002.
- Pelonggaran dasar
Kekurangan tenaga kerja dan kronik dan ketidakseimbangan lelaki dan
wanita di China memaksa Parti Komunis China melonggarkan dasar ini pada
November 2013. Menurut dasar baharu, setiap keluarga boleh memiliki dua anak
jika ibu atau bapa merupakan anak tunggal. Bagaimanapun, ini tidak akan
membantu meningkat jumlah penduduk Chia dalam masa terdekat. Terdapat
pembaharuan lain, seperti penamatan sistem "pendidikan semula melalui
buruh".
RUJUKAN
Pejabat
Maklumat Majlis Negara Republik Rakyat China (Ogos 1995). "Family Planning
in China" . Kedutaan Republik Rakyat China di Lithuania. Diperoleh pada 27
Oktober 2009. Seksyen III paragraf 2.
"Most
people free to have more child" . China Daily. 2007-07-11. Diperoleh pada
2009-07-31.
China's
One Child Policy
China's
One-Child Policy TIME
"China
longgar dasar satu anak" . Sinar Harian. 17 November 2013. Diperoleh pada
19 November 2013.
"China
Longgar Dasar Satu Anak" . Agensi Berita Xinhua China (China Radio
International). 2013-11-16. Diperoleh pada 19 November 2013.
Making
sense of Chinese baby talk Business
Spectator
BBC
News - China reforms: One-child policy to be relaxed 15 November 2013
China
to Move Slowly on One-Child Law Reform
WSJ.com
China
to ease one-child policy, abolish labor camps, report says CNN.com
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete