Posts

Showing posts from December, 2014

Hak Asasi Manusia : Campurtangan Kerajaan China Dalam Perancangan Keluarga

Dasar Satu Anak Di China " Untuk negara yang makmur serta berkuasa dan keluarga yang bahagia, sila amalkan perancangan keluarga ." Papan tanda kerajaan di Nanchang. Dasar satu anak (Cina ringkas: 计划生育政策 ; Cina tradisional: 計劃生育政策 ; pinyin: jìhuà shēngyù zhèngcè, secara rasmi diterjemahkan sebagai "dasar perancangan keluarga" dilaksanakan oleh kerajaan Republik Rakyat China mulai 1978 sebagai dasar kawalan penduduk manusia. Pada 2007, kira-kira 35.9% penduduk tertakluk kepada sekatan kelahiran anak kedua, 76% penduduk menyokong dasar ini. Dianggarkan 250 dan 300 juta kelahiran disekat dari 1978 hingga tahun 2000 dan 400 juta kelahiran dari 1979 hingga 2010. Dasar ini diperkenalkan oleh Presiden Deng Xiaoping pada 1979 untuk mengurangkan masalah sosial, ekonomi, dan alam sekitar China. Dasar ini bertentangan dengan dasar Mao Zedong pada 1949 bahawa 'dalam semua benda di dunia, manusia adalah paling utama'. Lebih besar penduduk, bermakna lebih banyak t...